Thursday, December 27, 2012

u b a n = w h i t e h a i r !

Antara kita, samada yang sudah berumur ataupun masih belasan mudanya, pasti pernah atau telah mengalami masalah rambut beruban, kann??

Persoalannya, apakah punca yang menyebabkan rambut menjadi putih?
Siapakah dalang disebalik masalah ini?
Bahayakah ia?

Dengarkan jawapan yang diperoleh dari kelas pengajian sel (histology) saya bersama Dr. Imad Matloub sebentar tadi.

" The white hair forms due to the following factors:
1. decrease activity of melanoctytes
(fyi, setiap orang mempunyai bilangan melanocyte yang sama, tetapi keaktifannya berbeza-beza. Maknanya, orang Cina aktiviti melanocyte mereka rendah, sebab itu mereka putih. Kita Melayu, aktivitiya tinggi sedikit, sebab itu kita berkulit lebih gelap berbanding mereka)

2. appearance of air bubbles in the hair follicle that reflects the light
( Sebelum ini struktur rambut kita adalah mampat, jadi ia kelihatan gelap kerana memantulkan cahaya. Tetapi disebabkan adanya gelembung2 udara pada struktur rambut, ia berkebolehan memantulkan cahaya, lalu rambut kita kelihatan putih."

hurmm... begitulah sejarah kedatangan 'white hair' di kulit kepala kita secara ringkasnya.

Di bawah saya sertakan gambar rambut peninggalan kekasih kita Muhammad SAW. Menakjubkan tak?


Ikuti sunnah Rasulullah menjaga rambut:

1. Cara menyisir : “Sesungguhnya Rasulullah saw., dulunya menyisir rambutnya ke belakang,sedangkan orang-orang musyrik menyisir rambut mereka ke kiri dan ke kanan,dan Ahlul Kitab menyisir rambutnya ke belakang. Selama tidak ada perintah lain, Rasulullah saw. senang menyesuaikan diri dengan Ahlul Kitab. Kemudian,Rasulullah saw. menyisir rambutnya ke kiri dan ke kanan.”

2. Menginaikan rambut dan janggut yg beruban dengan inai merah (bukan hitam). Mengikut kebanyakan ahli fikir mazhab Syafie, inai hitam adalah haram kecuali ketika brjihad fi sabilillah.

3. Meminyakkan rambut. 

Senang untuk diamalkan bukan?? jom tiru gaya Nabi menjaga rambut. Allah pasti redha :)

No comments:

Post a Comment