Saturday, February 11, 2012

a long way to SWIMMING ^.^

alhamdulilah ALHAMDULILLAH alhamdulillah
(saya bersyukur kpd Allah)
ungkapan tu saja terasa seolah x cukup untuk mengungapkan rasa syukur pd Allah.

he never failed to surprise me.

monolog kisah silam:
dulu waktu UJAM recommend suh amik lesen diving
diri mcm reluctant gila.
malu la nk swim, 
mcm2 bg alasan pada ujam
cakap swim adlh satu riadhah yg sexy lah,
n mahal lah sbb nk amik diving je kos boleh cecah rm1000++ !!

tp tu la Allah kata, nk benci atau suka sesuatu kena berpada-pada (aka be moderate..)
sbb boleh jadi apa yg kita suka sebenarnye x baik utk kita,
n boleh jadi jgk, apa yg kita benci amatlah baik untuk kita.
HE is all Knowing !!

sekarang :
Allah buka banyak jalan utk aku swim..
start dengan mula2 timbul minat dekat satu resort dlm Port Dickson ( waktu Fastrain sem 1 2011/2012 )
ktorg berenang ramai2
lepas berenang ase sihat gila.
satu perasaan sihat yg dirembes dari hormon suka iaitu serotonin ( x sure betul x .. ^_^ )
start dari tu terus cakap2 ngn kawan2 terdekat kata nk masuk kelas renang.

dari hari
.......................
ke hari
.......................

hari ni Allah bg jalan.
dekat RAFEST ada booth jual swimmimg suit (booth kawan bernama Shalina, seorg yg ayu n amat sopan)
n tibe2 terbeli sepasang! 
sbb mula2 plan nk beli dekat mid..
tp Allah kata "sakinah, x perlu nk jalan jaoh2, Aku dah letak depan mata kau ni.."
n jimat banyak.. kt sini rm90 da blh dapat
dekat mid maybe dlm rm150++ kot

selang sehari lepas tu (iaitu hari entry ini ditaip)
Nazira mesej kata dekat Gombak ada kelas renang.
transport dari PJ ke Gombak disediakan!
hanya bayar rm10 utk makan minum je..
selama 2 sesi ( 19 n 24 feb)
*saya ngn Naz da xcited gila waktu tu! terus amik contact no sis yg incharge sal ni and called.

MASYAALLAH..

walaupun saya masih belum pasti gi kelas renang tu betul2 dpt berenang ke tak at d end of the session,
tp at least saya try.. (confront the fear n try it out!)
Allah dah mudahkan segala2nya buat saya

betul janji Allah
"barang siapa bertawakkal kepada Allah nescaya Dia akan mbukakan jalan keluar baginya.
dan Dia mberi rezeki dari arah yg tidak disangka2nya,
dan barangsiapa bertawakkal kpd Allah, nescaya Allah akan mencukupkan kperluannya.
sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya... "
(65:2-3)

Thursday, February 9, 2012

^ Bilal The Muazzin ^

background : 
Bilal r.a.hu adalah salah seorang daripada sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang paling terkenal. Dia merupakan muazzin atau juru azan di Masjid Nabi. Dia merupakan seorang hamba Habshi yang dimiliki oleh seorang kafir di Mekah.

penderaan :
Pengislamannya telah menimbulkan kemarahan yang tidak keruan didalam hati pemiliknya. Dia pun diazabkan tanpa perikemanusiaan. Umayyah bin Khalaf, pemusuh ISLAM yang terkemuka yang memiliki Bilal akan membaringkannya atas pasir yang panas membakar serta meletakkan batu besar diatas dadanya sehingga ia tidak dapat menggerakkan tulangnya yang lapan kerat. Kemudian berkatalah Umayyah kepada Bilal:"Tinggalkanlah agamamu. Kalau tidak matilah kamu dalam kepanasan matahari yang tegak." 


Bilal menjawab dengan berkata:"Ahad, Ahad..(Tuhan Yang Esa)." 

                        

Pada waktu malam ia didera dengan cemeti sehingga badannya luka. Pada waktu siang pula, dia dibaringkan diatas pasir yang panas. Tuannya berharap yang ia akan meninggalkan agamanya atau pun mati akibat luka-luka dibadannya. Namun demikian Bilal masih tetap dengan pendiriannya yang teguh. Umayyah, Abu Jahal dan pengikut-pengikut mereka menyiksa Bilal secara bergilir-gilir. 

penebusan : 
Akhirnya Abu Bakar telah menebuskannya dan dari sejak itu hiduplah ia sebagai seorang Muslim yang bebas. Semenjak ia dibebaskan, dia sentiasa berdampingan dengan Nabi Muhammad s.a.w. sehingga Baginda s.a.w. wafat. Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., Bilal pun meninggalkan Kota Madinah. 
                       
mimpi nabi :

Pada suatu ketika dia telah melihat Nabi Muhammad s.a.w. dalam mimpinya. Berkata Nabi Muhammad s.a.w. kepada Bilal: "Wahai Bilal, mengapakah kamu tidak melawatku?" 

                       

Sebaik-baik sahaja dia bangun dari tidurnya, dia pun bersiap-siap untuk berangkat ke Madinah. Setibanya dia dikota itu dia telah berjumpa dengan Hassan dan Hussain, cucunda Nabi Muhammad s.a.w. Mereka menyuruh dia berazan.Permintaan orang yang dicintainya itu tidak dapat ditolak. Apabila suara Bilal berkumandang diruang angkasa Kota Madinah, penduduk-penduduknya pun tanpa segan dan silu menghamburkan air mata mereka kerana teringat zaman keemasan yang telah mereka lalui semasa hidupnya kekasih mereka Nabi Muhammad s.a.w.

kewafatan :
Sekali lagi Bilal telah meninggalkan Kota Madinah dan akhirnya meninggal dunia di Damsyik pada tahun Hijiriah yang ke dua puluh.